Owner Post Bloglist Follow Dash





eilyasara

Bonjour!


Assalamualaikum,
Hi and welcome to my blog
I pour my heart and thoughts here ☺️




Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.

p/s: nak exchange link boleh gitau dkt cbox oke ☺️
Anda Orang yang ke :-

Mention for follow back yaww ~
Stalker



Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini



Punca Kucing Sakit Batu Karang!

Assalamualaikum,

ZORO
1/8/2013-26/06/2015

menyesal sekarang pon dah tk guna dah. sebab apa? sebab zoro dah mati, zoro mati sebab
sakit batu karang. ya, aku pon tk percaya yg kucing pon boleh kena penyakit
batu karang macam manusia. rasa kesian sngt kt haiwan kalau sakit kan? 
sebab haiwan dah lah kecik, lepastu kena tanggung sakit pulak. hmmm. menyesal 
sebab tk jaga zoro elok2. tak paksa dia minum banyak2, bgi dia makan dryfood. 

bila zoro dah mati, barulah doktor bagitau yg sebenarnya kucing tak bagus kalau makan
dryfood bebanyak. sebab dryfood tu banyak garam. so, kepada readers sekalian yg ada
bela kucing.. sedekahkan jela dryfood tu kat org lain. se elok2nya bgi kucing2 korang 
makan ayam/ ikan fresh.

bagi menambahkan lagi ilmu pencinta kucing dan nak menghilangkan rasa bersalah aku
terhadap my cat yg dah mati, aku  nk kongsikan beberapa petanda yang kucing korang
sakit batu karang or tak.. mohon jaga kesihatan kucing anda ya.. 

Apa itu batu karang ?

- Batu kristal "Cystitis" secara umumnya kita gelarkannya batu karang yang biasanya terjadi di dalam buah pinggang ataupun pundi kencing kucing sangat menyakitkan serta mengancam nyawanya . Cystitis memberi kesan sikap kepada kencing seperti membuang air kecil di luar kotak pasir ataupun merata- rata dan batu boleh menyebabkan kerosakan pundi kencing dengan menyekat aliran keluar air kencing.Jika kucing berulang kali secara kekerapan memasuki kotak pasirnya tetapi tiada air kencing yang dibuangkannya ataupun terlalu sedikit kuantitinya adalah perlu diberi perhatian segera. Kristal mudah terbentuk secara normal dalam air kencing kucing walaupun kucing di dalam keadaan normal serta sihat dan ini bersifat sementara saja.

Apa yang menyebabkan Batu Pundi Kencing Dan Buah Pinggang?


Beberapa perkara yang menyumbang kepada pembentukan batu saluran kencing.

-Jika kepekatan garam mineral adalah terlalu tinggi dalam air kencingnya,mendakan ini akan tersalur keluar melalui setiap lapisan di buah pinggang atau jauh ke bawah saluran dalam pundi kencing serta termendak membentuk batu.

-Air kencing kucing secara semulajadinya berasid. Garam mineral yang lebih ber-akali adalah kurang larut dalam air kencing adalah faktor pembentukan batu.Pembentukan batu juga berbeza serta bergantung kepada jenis Baka tertentu.Batu juga terbentuk kerana kepekatan garam asid amino yang berlaku di dalam darahnya .

-Dehidrasi ‘kekeringan/kekurangan air dalam badan” juga meningkatkan kepekatan mineral dalam air kencing dan boleh meningkatkan pembentukan batu. Kucing betina adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing dan batu kerana fizikal saluran kencing yang lebih pendek. kucing yang dilahirkan dengan kecacatan dayatahan diri imuniti mukosa adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing.

Tiga Punca utama batu karang kerana makanan kering DryFood

-Makanan kering terlalu tinggi dalam karbohidrat,-Mengandungi jenis protein yang tidak sesuai untuk kucing (tumbuhan, bukan haiwan)-Tidak mengandungi kelembapan yang cukup.-Magnesium adalah zat penting untuk kucing. namun, lebihannya dalam  makanan kucing akan menggalakkan pembentukan kristal untuk air kencingnya kerana lebihan ini akan terkumpul dan membentuk kristal




(Copy&Paste:- http://kucingutara.blogspot.com/2012/10/batu-karang-kucing.html)

p/s: yelah, aku copy paste je. aku tk lah tahu sangat. kira okay lah aku tolong search
untuk korang kan? tk payah korang penat2 nk type bagai. hee, okaylah, maaf bgi
penggunaan aku kepada org yg lebih tua okay 

MEMORY WITH MY LOVELY CAT, ZORO














 Instagram: eilyasara